5 Mei 2012

PROGRAM 3R DI MERGONG, ALOR SETAR

AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI SEKITAR ALOR BAKONG, KG PADANG PERAK, MERGONG

Pada hari Sabtu, 5 Mei 2012, En Mohd Azrul Bin Azmi mewakili pihak PPSPPA Negeri Kedah terlibat dalam aktiviti gotong-royong bersama komuniti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS) di sepanjang sungai kecil Alor Bakong, Kampung Padang Perak, Mergong, Alor Setar (berhampiran dengan surau). Aktiviti tersebut yang dihadiri oleh lebih 60 orang peserta daripada komuniti Kampung Padang Perak, 200 orang murid daripada SMK Agama Kedah, 50 orang murid daripada SMK Mergong, 50 orang murid daripada SK Seri Perdana dan 50 peserta lagi daripada agensi-agensi lain seperti Jabatan Alam Sekitar, Syarikat Environment Idaman, dan sebagainya.




Antara objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai kebersihan alam sekitar dan memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta dalam menjaga keceriaan alam semulajadi terutama sungai dan parit. Sepanjang program gotong-royong ini, para peserta diarahkan untuk mengasingkan sisa-sisa pepejal dan barangan kitar semula mengikut jenis-jenis dan dimasukkan ke dalam beg-beg plastik yang telah diasingkan sebagai menyokong kempen 3R dan kitar semula. 





Antara aktiviti yang diterapkan dalam program tersebut ialah pembersihan jalan awam, pencucian longkang-longkang, pemotongan rumput dan pokok-pokok renek, penanaman pokok-pokok hiasan di sepanjang jalan awam dan sungai Alor Bakong, pembersihan surau dan sekolah-sekolah berhampiran serta jamuan makan tengah hari. 



Tiada ulasan: