6 Mei 2012

PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA MELALUI DRIVE-THRU DI PASARAYA GIANT HYPERMARKET, SUNGAI PETANI


Kutipan barangan kitar semula di Pasaraya Giant Hypermarket, Sg Petani kali ini diadakan di hadapan pintu masuk utama 2 pasaraya tersebut. Aktiviti tersebut yang diadakan 2 kali sebulan bermula pada bulan April dan sambutan menggalakkan diberikan oleh pengunjung-pengunjung pasaraya tersebut. Alhamdulillah, pada 6 Mei 2012 selepas menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Sanglang, aktiviti kutipan diteruskan di pasaraya tersebut selama lebih kurang 5 jam daripada pukul 2.00 petang ke 6.00 petang. Cuaca yang agak baik memudahkan urusan jual beli barangan kitar semula antara pihak PPSPPA, Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, vendor yang dilantik dan pengunjung-pengunjung yang sudi dan tidak putus-putus membawa barangan kitar semula.







Sesi pemberian risalah aktiviti kutipan barangan kitar semula melalui Drive-Thru juga dijalankan bagi meningkatkan promosi dan pengenalan PPSPPA kepada masyarakat umum. Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman serta Cik Kasthury A/P Rajendren, En Azrishah Bin Adli dan En. Mohd Adib Sallihan Bin Jamaludin daripada pejabat cawangan PPSPPA Sg Petani manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang terlibat ialah En Saufi Halim daripada pejabat cawangan Sg Petani.


Tiada ulasan: