7 Mei 2012

PROGRAM 3R DI KEPALA BATAS, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK KEPALA BATAS, ALOR SETAR





Aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Kepala Batas diteruskan pada 7 Mei 2012, pukul 9.00 pagi selepas kutipan terakhir pada 12 Februari 2012. Sebanyak 996.3 kg barangan kitar semula yang telah dikumpul dan diasingkan mengikut jenis dan lebih kurang RM 380.00 hasil jualan telah diperoleh.




Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan En. Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman. Wakil daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah Pak Hamid dan rakan-rakan. Aktiviti kutipan barangan kitar semula ini sedikit sebanyak memberi kesedaran di kalangan pelajar sekolah berkenaan dengan faedah mengitar semula sisa pepejal daripada dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Tiada ulasan: