10 Mei 2012

PROGRAM 3R DI KODIANG, KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK TENGKU BENDAHARA, KODIANG, KEDAH




Pihak SK Tengku Bendahara, Kodiang akhirnya bersetuju untuk menjalankan program 3R bersama pihak PPSPPA Negeri Kedah dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd setelah 6 bulan tidak terlibat dalam program ini. Oleh yang demikian, pada 10 Mei 2012, telah diadakan Program 3R iaitu pengumpulan, pengasingan dan penimbangan barangan kitar semula serta kutipan dan penjualan barangan tersebut di sekolah berkenaan. 




Pihak sekolah telah bekerjasama dalam menjayakan aktiviti tersebut. Dengan bantuan murid-murid sekolah dan wakil daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, sebanyak lebih kurang RM 150.00 hasil jualan selepas kutipan lebih kurang 500 kg barangan kitar semula pada hari tersebut. 



Wakil daripada PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat termasuklah Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar, En. Norhazren Bin Latip @ AB. Latif daripada Pejabat Cawangan Kubang Pasu dan En. Mohd Azrul Bin Azmi.






Tiada ulasan: