14 Mei 2012

PROGRAM 3R DI TITI GAJAH, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK TITI GAJAH, ALOR SETAR





SK Titi Gajah merupakan antara sekolah rendah yang terawal untuk tahun 2012 dalam mengadakan Program 3R bersama-sama pihak PPSPPA dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. Selepas kutipan terakhir mereka pada hujung tahun 2011 yang menjual hampir suku lori 3R dengan barangan tetrapak, kali ini pihak sekolah menyediakan barangan besi pula. Almari besi, tiang, kerusi-kerusi besi yang tidak digunakan lagi antara barangan lusuh yang dibawa oleh guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan. Kutipan telah diadakan pada Isnin, 14 Mei 2012 pukul 9.00 pagi yang dikelolakan oleh En. Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman yang mewakili PPSPPA Negeri Kedah manakala Pak Hamid dan rakan-rakan daripada  Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd juga tidak ketinggalan menguruskan kutipan barangan tersebut.




Walaubagaimanapun, barangan kitar semula seperti kertas, kadbod, surat khabar lama dan botol plastik tidak diabaikan begitu saja. Hampir 850 kg barangan kitar semula telah dikutip dan dijual pada hari yang sama. Sebanyak RM300 lebih hasil jualan yang akan diberikan kepada pihak sekolah. Syabas diucapkan kepada semua pihak kerana sedar akan kepentingan 3R dan kitar semula.

Tiada ulasan: