20 Mei 2012

PROGRAM 3R DI KULIM, KEDAH

CERAMAH BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH TABIKA KEMAS KG. PADANG TEMBAK, KULIM KEDAH 



Satu ceramah berkenaan Program Bank Kitar Semula telah diadakan pada 20 Mei 2012 bertempat di Sekolah Tabika KEMAS Kg Padang Tembak, Kulim selama 15 minit selepas aktiviti gotong-royong dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan. Aktiviti tersebut juga mendapat kerjasama penduduk tempatan dan warga kerja PPSPPA Pejabat Cawangan Kulim, Kedah.

Antara wakil guru yang hadir ialah Pn Nazilah daripada Sekolah Tabika Kg. Padang Tembak, Pn Norhayati daripada Sekolah Tabika Kg. Tunku Putra, Pn Siti Aisyah daripada Sekolah Tabika Syed Sheh, Pn Norazita daripada Sekolah Tabika Kg. Sg. Ular, dan Pn Rogayah serta Pn Ramnah daripada Sekolah Tabika PGA 1 & 2, Kulim. Antara wakil daripada PPSPPA ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, Pn Rodziah Binti Yusof dan Pn Norhidayah Binti Nasir daripada Pejabat Cawangan Kulim, manakala wakil daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En. Hambali.




Cadangan mengadakan Program Bank Kitar Semula telah mendapat persetujuan daripada pihak guru-guru dan ibu bapa (waris) murid-murid. Insyaallah aktiviti kutipan barangan kitar semula akan diadakan pada minggu keempat, bulan Jun nanti kerana pada hujung bulan Mei merupakan cuti sekolah.


Tiada ulasan: