3 Mei 2012

PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

CERAMAH BANK KITAR SEMULA DI SK SERI GEDONG, SG PETANI, KEDAH

Bulan Mei 2012 diperbanyakkan dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula dan ceramah 3R dan Bank Kitar Semula di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah-sekola tabika. Kali ini, ceramah 3R dan Bank Kitar Semula dilanjutkan di SK Seri Gedong, Sg Petani pada 3 Mei 2012 pukul 7.30 pagi di waktu perhimpunan pagi sekolah tersebut. Antara tetamu yang hadir ialah wakil daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, En Afzainizam, En Sharafie, dan En Saufi Halim daripada cawangan Sg Petani. Wakil daripada PPSPPA Negeri Kedah ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, En. Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman dan En. Muhamad Fadzley Bin Yaakop daripada pejabat cawangan PPSPPA Sg Petani.






Ceramah disampaikan oleh En. Mohd Azrul Bin Azmi mewakili PPSPPA Negeri Kedah. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula  di sekolah berkenaan pada bulan Mei ini. Semasa ceramah tersebut disampaikan, murid-murid sekolah berkenaan didedahkan dengan pengetahuan mengenai 3R, jenis-jenis barangan kitar semula berserta dengan harga barangan tersebut, prosedur kutipan dan penjualan di pusat kitar semula serta program Bank Kitar Semula.





Tiada ulasan: