20 Mei 2012

PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

CERAMAH 3R DI PASARAYA BILLION, SUNGAI PETANI


Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah telah mengadakan satu sesi ceramah berkaitan dengan 3R dan demonstrasi penghasilan mud ball di River Care Centre, JPS, tapak letak kenderaan pasaraya Billion, Sg Petani pada hari Ahad, 20 Mei 2012. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam berkenaan dengan kaedah rawatan kualiti air dan ekosistem sungai di samping mempromosikan PPSPPA serta kempen kitar semula di kalangan masyarakat. Pihak PPSPPA Negeri Kedah turut dijemput sebagai penceramah berkenaan dengan kempen kitar semula.





Wakil penceramah daripada PPSPPA Negeri Kedah adalah Jurutera, En. Khairul Azmi Bin Mohd Yunus selaku pengganti kepada Pengarah PPSPPA Negeri Kedah pada majlis tersebut. Antara pihak yang memeriahkan majlis tersebut ialah warga kerja JPS dan juga kilang getah Sumirubber Malaysia Sdn. Bhd. Program 3R yang dijalankan diharap dapat dijadikan satu program komuniti untuk sasaran di masa akan datang.

Tiada ulasan: