2 Mei 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN CERAMAH KITAR SEMULA DI SMK AGAMA KEDAH, ALOR SETAR






Selepas ceramah Bank Kitar Semula diadakan pada 4 April 2012 oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah, program 3R berlanjutan di SMK Agama Kedah dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 2 Mei 2012 pukul 9.00 pagi, dengan kerjasama daripada pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Pissal Bin Abu (http://pissal.blogspot.com/). Warga kerja PPSPPA Negeri Kedah terdiri daripada En Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar, dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman.


Program tersebut yang merupakan antara program terakhir yang dikelolakan oleh En. Pissal Bin Abu sebelum persaraan beliau telah berjaya mengutip sebanyak 750 kg lebih barangan kitar semula yang terdiri daripada buku-buku, kertas terpakai, tin aluminium, kotak-kotak minuman dan botol-botol plastik yang menghasilkan jualan sebanyak RM286.00. 




Pihak pengurusan sekolah juga telah dinasihatkan untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk membuka buku akaun Maybank untuk menyimpan duit hasil jualan individu untuk program Bank Kitar Semula.

Pada pukul 2.00 petang, Program 3R dilanjutkan dengan ceramah kitar semula oleh pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd iaitu En. Pissal Bin Abu kepada sebahagian murid-murid di dewan sekolah berkenaan.




Ceramah tersebut juga dihadiri oleh barisan guru-guru cemerlang sekolah berkenaan termasuk guru-guru  penolong kanan. Selain itu, ceramah kitar semula juga diselitkan dengan cermah berkenaan dengan alam sekitar yang diberikan oleh En Sharifudin daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan ceramah kebersihan sungai oleh Puan Shimah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.







Tiada ulasan: