13 Mei 2012

PROGRAM 3R DI HUTAN KAMPUNG, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK HUTAN KAMPUNG, ALOR SETAR


Selepas program ceramah Bank Kitar Semula, kini tibalah masanya untuk program kutipan barangan kitar semula dijalankan di SMK Hutan Kampung, Alor Setar yang merupakan antara sekolah menengah terawal menyertai Program Bank Kitar Semula bersama pihak PPSPPA Negeri Kedah tahun ini.





Penglibatan SMK Hutan Kampung dalam program ini bermula pada bulan Februari 2012 dengan permintaan daripada pihak guru-guru sekolah untuk mengadakan ceramah kempen kitar semula. Hasilnya, pada 13 Mei 2012, pihak sekolah bersetuju untuk mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula untuk memupuk semangat cintakan kebersihan sekolah di kalangan pelajar. Antara wakil PPSPPA Negeri Kedah ialah Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar, Pn Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen, En. Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman dan juga En. Mohd Azrul Bin Azmi. Wakil pihak Syarikat Environment Idaman ialah Pak Hamid dan rakan-rakan.




Lebih kurang 700 kg barangan kitar semula telah dikumpul, diasing  mengikut jenis barangan dan ditimbang semasa program tersebut. Penyertaan murid-murid dalam mengasingkan botol plastik, tetrapak, dan tin-tin minuman amatlah dihargai dan harus diberi pujian. Botol-botol plastik yang telah dikumpul haruslah dibuang kandungan airnya supaya tiada kekeliruan semasa penjualan barangan tersebut.




Selepas berakhirnya program berkenaan, pihak PPSPPA memantau aktiviti penjualan barangan kitar semula yang telah dikutip oleh pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ke Pusat Kitar Semula. Lebih kurang RM290.00 telah dikumpul, sebahagian duit tersebut akan dipulangkan kepada pihak sekolah dan sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Kitar Semula murid-murid melalui kerjasama Maybank.







Sayangnya, pada masa ini harga jualan barangan kitar semula kotak minuman (tetrapak) telah jatuh mendadak daripada RM 1.00 ke RM 0.80 sekilogram daripada tahun 2011 ke awal tahun 2012 kepada RM 0.30 sekilogram pada masa kini yakni sama dengan harga sekilogram kertas terpakai. Walaubagaimanapun, kutipan barangan kitar semula berkenaan tetap diteruskan.



Tiada ulasan: