12 Jun 2012

PROGRAM 3R DI LANGGAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK LANGGAR, LANGGAR

Pada 12 Jun 2012, pukul 9.00 pagi, warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam dibantu oleh warga kerja Bahagian Teknikal telah menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula  di SMK Langgar, Langgar. Setelah aktiviti 3R yang lalu bersama pihak pengurusan sekolah berkenaan pada 27 Mac 2012, sekali lagi pihak PPSPPA dipanggil untuk menjalankan program tersebut. 





Anggota Bahagian Teknikal, PPSPPA yang menyertai program tersebut ialah En. Raja Mohd Radzi Bin Raja Abd Jalil dan Cik Wan Nor Ilza Binti Wan Mohd Yatim yang diketuai oleh En. Khairul Azmi Bin Mohd Yunus banyak membantu dari segi tenaga kerja dan patut diberi pujian. Antara warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. Warga kerja Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang terlibat ialah Pak Hamid dan rakan-rakan.





Kutipan untuk sekolah cemerlang dan sentiasa mencatat kutipan tertinggi pada setiap tahun dalam program 3R ini ialah sebanyak 2 tan lebih bersamaan dengan hampir RM 1,000.00! Insyaallah, kutipan seterusnya adalah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. 


Tiada ulasan: