13 Jun 2012

PROGRAM 3R DI KUBANG PASU

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN IHSAN, KUBANG PASU


Komuniti Taman Ihsan, terutama En Amran, peniaga minuman sekali lagi dipenuhi dengan barangan kitar semula iaitu tin-tin kosong yang tidak diguna pakai. Tin-tin tersebut merupakan bekas tin susu yang digunakan oleh beliau dalam menjalankan perniagaannya. En. Amran telah mengumpul tin-tin tersebut di pusat pengumpulan barangan kitar semula berhampiran sejak 2 minggu lalu kerana tin-tin tersebut terlalu banyak di gerainya. Untuk membantu En. Amran, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di lokasi berkenaan pada 13 Jun 2012 pukul 2.00 pm dan terus menjual barangan tersebut di kedai barangan lusuh berlesen berdekatan. Kehadiran pihak kami adalah kebetulan memandangkan waktu tersebut merupakan waktu kami ke sekolah-sekolah untuk memulangkan duit hasil jualan barangan kitar semula yang dikutip pada bulan lepas.






Jumlah kutipan barangan kitar semula di gerai En Amran ialah sebanyak 40 kg tin kosong bersamaan dengan RM 16.00. Selain itu, pihak PPSPPA yang terdiri daripada En. Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman juga meronda di sekitar Taman Ihsan dan taman-taman lain  untuk mencari penduduk setempat yang ingin menjual barangan kitar semula milik mereka. Kami juga berkesempatan menemui beberapa pusat kitar semula dan kedai-kedai barangan lusuh yang menawarkan harga barangan yang tinggi. Diharap mana-mana pihak komuniti yang berminat dan ingin menyertai program 3R anjuran pihak kami, sila hubungi pihak PPSPPA terdekat atau hubungi saya di talian 019 6736704. Bersama-sama kitar mengitar semula untuk menyelamatkan bumi kita ! :-) 

Tiada ulasan: