24 Jun 2012

PROGRAM 3R DI KULIM

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI 5 BUAH TABIKA KEMAS DI KULIM


Warga kerja pejabat PPSPPA Cawangan Kulim telah mengambil inisiatif mereka untuk mengadakan program Bank Kitar Semula di 5 buah tabika KEMAS di Kulim pada 24 Jun 2012 untuk memperbanyakkan aktiviti 3R. Susulan ceramah Program Bank Kitar Semula pada 20 Mei 2012, kali ini aktiviti kutipan barangan kitar semula pula diadakan. 





Antara 5 tabika KEMAS yang terlibat ialah Sekolah Tabika Kg Padang Tembak, Sekolah Tabika Kg Tunku Putra, Sekolah Tabika Syed Sheh, Sekolah Tabika Kg Sg Ular, dan Sekolah Tabika PGA 1 & 2, Kulim.





Antara warga kerja PPSPPA Cawangan Kulim termasuklah Pn Rodziah Binti Yusof, Pn Norhidayah Binti Mohd Nasir, En Azri Aisamuddin Bin Ahmad dan En Mohd Amiruddin Bin Tajul Borhan manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En Hambali dan rakan-rakan.





Kutipan sepanjang program tersebut ialah sebanyak 18 kg bersamaan RM9.00 untuk Sekolah Tabika Kampung Sg Ular, 40 kg yang bersamaan dengan RM 12.00 di Sekolah Tabika Kampung Padang Tembak, 8 kg bersamaan lebih kurang RM9.00 untuk Sekolah Tabika Kampung Tunku Putra, 8 kg bersamaan RM 2.00 di Sekolah Tabika Syed Sheh, dan Sekolah Tabika PGA 1 & 2 sebanyak lebih kurang 50 kg bersamaan dengan RM15.99. Insyaallah, program seperti ini akan diadakan secara berperingkat-peringkat untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar di samping kepentingan amalan kitar semula di kalangan kanak-kanak.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...tumpang tanya..di kulim dekat mana tempat boleh kitar semula yee..area taman kenari :) terima kasih

Unknown berkata...

Waalaikum salam....di Kulim, encik boleh hantar di alamat berikut :

ENVIRONMENT IDAMAN SDN BHD
LOT 5824 & 5825, SUNGAI SELUANG, PAYA BESAR, LUNAS 09000 KULIM KEDAH DARUL AMAN