AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN PKNK, ALOR SETAR
Tepat pukul 5.35 petang, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh warga kerja untuk pulang daripada bertugas di Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah. Semasa dalam perjalanan pulang menuruni lif, tiba-tiba saya menerima satu panggilan daripada En Asmadi, salah seorang penduduk Taman PKNK, Alor Setar yang memohon untuk menjual barangan kitar semula miliknya. Selepas memaklumkan alamat beliau, saya terus bergegas ke rumahnya untuk menjalankan kutipan barangan kitar semula.
Setibanya saya di rumah En Asmadi, kami sama-sama bekerjasama mengasingkan barangan kitar semula mengikut jenis dan seterusnya menimbang barangan kitar semula tersebut. Aktiviti murni kami diperhatikan oleh komuniti terdekat dan mereka amat berminat dengan aktiviti berkenaan. Kutipan barangan kitar semula tersebut mencecah 17.0 kg bersamaan dengan RM 9.00. Insyaallah, suatu hari nanti pihak PPSPPA akan berunding dengan pihak JKKK Taman PKNK untuk membuat kutipan barangan kitar semula bersama komuniti secara rasmi untuk menghangatkan lagi kempen kitar semula ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan