Pihak SMK Langgar telah menjemput pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk turut serta dalam pameran anjuran pihak pengurusan sekolah pada 14 Jun 2012. Oleh yang demikian, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah memberi kerjasama mengadakan pameran berkenaan Kitar Semula dan Kaedah Penghasilan Baja Kompos menggunakan teknik Takakura pada hari tersebut.
Antara wakil PPSPPA yang menjaga booth pameran ialah Cik Intan
Diana Bt. Abu Bakar, Pn Nur
Fizatulakma Binti Kamaldeen, dan En Muhamad
Sharifuddin Bin Ab Rahman. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh para pelajar sekolah berkenaan amat menggalakkan. Selain mengadakan pameran, pihak PPSPPA juga sempat mempromosikan program Larian Kitar Semula yang bakal diadakan pada bulan November 2012 ini. Insyaallah, pihak PPSPPA bersedia menjalankan program berbentuk 3R lagi dengan pihak SMK Langgar dan apa jua sekolah yang berminat pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan