23 Jun 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN AMAN, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGNA KITAR SEMULA SEMPENA PROGRAM GOTONG-ROYONG DI SEKITAR SUNGAI ANAK BUKIT


Pada hari Sabtu, 23 Jun 2012, pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah (JPS) telah menganjurkan program kesedaran awam berkenaan pembersihan dan pemuliharaan alam sekitar melalui gotong-royong bersama komuniti di sepanjang Sungai Anak Bukit, Alor Setar. Gotong-royong tersebut melibatkan komuniti-komuniti seperti Taman Aman, Kg Alor Madi, Kg Chegar, Kg Alor Ganu dan beberapa komuniti sepanjang Sungai Anak Bukit. Pihak PPSPPA Negeri Kedah pula dijemput untuk menjalankan pameran berkenaan kempen kitar semula dan menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula yang diperolehi oleh orang kampung sepanjang program gotong-royong dijalankan. Antara warga kerja PPSPPA yang hadir ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan Pn Nur Diyana Binti Zulkifli. 


Antara tetamu VIP yang hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato' Hj Ir Phahrolrazi Bin Hj Zawawi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga, Tn Hj Abu Bakar (Pengarah JPS), Penghulu, JKKP Taman Aman dan Kg Sekitar, PKWR Taman Aman dan wakil-wakil dari kampung-kampung berdekatan. Antara wakil agensi yang turut terlibat dalam program berkenaan ialah PPSPPA, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Sumber Air Kedah, Jabatan Perhutanan, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd.



Sebanyak 144 kg barangan kitar semula telah dihantar dan dijual oleh orang kampung dan penduduk setempat khususnya golongan belia dan kanak-kanak yang tidak putus-putus datang ke kaunter kitar semula PPSPPA. Kuantiti barangan kitar semula yang telah dijual kepada pihak PPSPPA mengikut berat ialah kertas terpakai dan kotak (48 kg), botol plastik (68 kg), tin susu dan milo (13 kg) serta besi buruk (15 kg). Kesemua barangan kitar semula tersebut telah dijual ke Pusat Kitar Semula berhampiran. Program ini dapat memperkenal PPSPPA kepada orang ramai seterusnya mempromosikan kempen kitar semula yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Insyaallah, program ini akan dijalankan sekali lagi dan berterusan di lokasi tersebut memandangkan sambutan hangat pada kempen kitar semula oleh para penduduk dan komuniti berkenaan merupakan bakal menjadi 'Taman Angkat' PPSPPA pada masa hadapan.

Tiada ulasan: