4 Mac 2013

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR

Seperti bulan Februari 2013, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar, Kedah akan menjual barangan kitar semula yang telah dikumpul selama sebulan kepada pihak vendor yang berhampiran. Barangan kitar semula yang telah disimpan selama sebulan di stor ibu pejabat ini dijual kesemuanya bagi memastikan kebersihan stor pejabat dijaga dengan baik. Selain itu, aktiviti penjualan ini akan meningkatkan semangat warga kerja PPSPPA Kedah untuk mengitar semula sisa pepejal untuk menjana pendapatan mereka.







Sebanyak 405 kg barangan kitar semula telah dijual sepenuhnya dan sejumlah RM 100.00 lebih telah diterima daripada pihak vendor. Hasil jualan barangan kitar semula ini akan diagihkan kepada warga kerja yang menghantar barangan kitar semula milik mereka pada setiap bulan.

Tiada ulasan: