13 Mac 2013

PROGRAM 3R DI SMK AGAMA KEDAH

TAKLIMAT RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI SMK AGAMA KEDAH

Pihak PPSPPA Kedah telah menerima permohonan daripada Kelab Alam Sekitar, SMK Agama Kedah untuk mengadakan satu taklimat ringkas berkenaan dengan Cara Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura pada 13 Mac 2013. Selaku penceramah, Pegawai Kitar Semula Negeri Kedah, En Mohd Azrul Bin Azmi bersama staf-staf Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah memberikan penerangan mengenai bahan-bahan dan kaedah yang mudah untuk menyediakan set Compost Chang yang menggunakan konsep pengkomposan Takakura ini. Ceramah yang diadakan di bilik makmal sekolah berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang juga merupakan ahli kelab Alam Sekitar sekolah berkenaan. Para guru juga tidak ketinggalan memberi tumpuan terhadap taklimat yang telah disampaikan. Tujuan utama taklimat ini diadakan ialah untuk mengajar para pelajar yang juga ahli kelab Alam Sekitar ini untuk sama-sama menghasilkan baja organik bagi membangunkan dan mengindahkan kebun sekolah seterusnya kawasan persekitaran sekolah.











Sehubungan itu, pihak PPSPPA Kedah telah melantik SMK Agama Kedah sebagai peneraju kepada projek kompos berkomuniti yang mana sebanyak 50 set Compost Chang telah diberikan kepada kelab Alam Sekitar ini untuk diuruskan oleh para pelajar dan pemantauan berjadual akan dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah pada setiap bulan bagi memastikan pengamalan ilmu kompos ini dilaksanakan secara berterusan oleh mereka.

Tiada ulasan: