11 Mac 2013

PROGRAM 3R DI LADANG KELAPA SAWIT, LADANG PELAM

AKTIVITI CERAMAH PROGRAM PENGASINGAN SISA DI SUMBER DAN RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA IAITU COMPOST CHANG DI KOMUNITI LADANG KELAPA SAWIT PELAM, KULIM, KEDAH





Pada 11 Mac 2013, satu aktiviti ceramah berkenaan dengan Program Pengasingan Sisa Di Sumber dan Rawatan Sisa Organik Dengan Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura iaitu Compost Chang telah dijalankan di komuniti Ladang Kelapa Sawit dan Getah, Ladang Pelam, Kulim Kedah. Ceramah ini diadakan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah dengan anjuran pihak pengurusan ladang tersebut bagi memberi pendedahan kepada seluruh penduduk ladang berkenaan untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal terutama barangan kitar semula dan sisa makanan di rumah mereka. Ceramah ringkas yang disampaikan oleh Jurutera merangkap Pegawai 3R Kedah, En Mohd Azrul Bin Azmi dan dibantu oleh Cik Intan Diana Binti Abu Bakar memberi kesedaran kepada para pengunjung dewan ladang tersebut betapa pentingnya mengitar semula sisa pepejal seperti kertas, botol-botol plastik, tin-tin aluminium, tin susu, besi dan sebagainya, untuk menjana pendapatan mereka.








Disamping itu, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah juga telah memberikan ilmu untuk menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan dengan menggunakan kaedah pengkomposan Takakura yang ternyata berkesan untuk digunakan di setiap isi rumah. Pihak PPSPPA juga telah menghadiahkan sebuah set Compost Chang untuk diamalkan oleh warga kerja ladang sebelum skala besar dilaksanakan. Set Compost Chang akan dipantau oleh pihak PPSPPA pada setiap bulan untuk memastikan pengamalan rawatan sisa organik ini diteruskan oleh pihak pengurusan ladang.

Tiada ulasan: