10 Mac 2013

PROGRAM 3R DI TADIKA DAN 2 KOMUNITI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA BESTARI AL-HUMAIRAH DAN 3 KOMUNITI DI SEKITAR ALOR SETAR

Tabika Bestari Al-Humairah, Taman Mahkota, Alor Setar




Program 3R diteruskan di Tabika Bestari Al-Humairah di Taman Mahkota, Alor Setar untuk menggalakkan murid-murid sekolah tabika yang terdiri daripada kanak-kanak ini mengamalkan kitar semula dan tidak membuang sampah merata-rata. Selepas aktiviti pertama mereka pada Januari 2013, kali ini pada 10 Mac 2013, banyak barangan kitar semula yang telah diasingkan dan dikumpul oleh kanak-kanak sekolah berkenaan untuk dikitar semula. Kerjasama daripada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah diberikan dengan bantuan vendor terdekat. Sebanyak 38 kg barangan kitar semula yang berjaya ditimbang dan dijual dan sejumlah  RM 10.60 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagih-agihkan kepada murid yang menyertai aktiviti berkenaan.

Dewan Badminton KBA, Jalan Suka Menanti, Alor Setar








Pihak pengurusan Dewan Badminton KBA, Jalan Suka Menanti, Alor Setar juga menjalankan program 3R pada hari yang sama. Barangan kitar semula yang banyak telah dikumpul oleh pekerja am dewan berkenaan. Sebanyak 291.50 kg barangan kitar semula yang diasingkan dan ditimbang oleh pihak vendor yang dilantik dan sejumlah RM 96.11 telah diberikan kepada pekerja-pekerja am yang terlibat.

Kampung Pumpong, Alor Setar



 
Selepas menjalankan program 3R di Dewan KBA, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah dan vendor telah mengunjungi Kampung Pumpong untuk menjalankan program yang sama. Aktiviti kitar semula di kampung tersebut sudah lama tidak dijalankan sehingga banyak barangan kitar semula yang dikumpul oleh komuniti kampung berkenaan. Hasilnya, sebanyak 185.50 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada plastik, tin aluminium, tin-tin susu, kertas, mesin basuh terpakai dan besi telah diasing dan ditimbang. Sejumlah RM 83.22 telah diagih-agihkan kepada para penduduk kampung tersebut sebagai hasil jualan barangan kitar semula yang telah dikumpul oleh mereka.

Koperasi Masjid Aman, Alor Setar





Koperasi Masjid Aman, Alor Setar merupakan komuniti terakhir pada hari itu yang menjalankan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Kedah. Sebanyak 64 kg barangan kitar semula yang diperoleh dan sejumlah RM 18.13 telah disumbangkan kepada pihak koperasi masjid berkenaan untuk tujuan amal.

Tiada ulasan: