12 Mac 2013

PROGRAM 3R DI SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR KEDAH

AKTIVITI PEMBERIAN SIJIL PENYERTAAN DAN CENDERAHATI KEPADA PARA PELAJAR YANG MENCAPAI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA TERTINGGI DALAM PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR KEDAH

Pihak PPSPPA Kedah telah menyambung aktiviti pemberian sijil penyertaan dan cenderahati berupa wang tunai kepada para pelajar sekolah menengah, rendah dan sekolah tabika yang telah menyertai dan mencapai kutipan barangan kitar semula tertinggi dalam program Bank Kitar Semula di sekolah-sekolah di sekitar Kedah selepas aktiviti pemberian sijil sesi pertama pada 25 Februari yang lalu. Kali ini, pada 12 Mac 2013, para pelajar yang bertuah untuk menerima sijil penyertaan dan cenderahati tersebut termasuklah daripada SMK Langgar, SMK Hutan Kampung, SMK Kepala Batas, SK Padang Perahu, SK Pedu dan sekolah Tabika KEMAS Taman Samudera, Kuala Kedah.






Pemberian sijil dan cenderahati ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat cintakan alam sekitar dan menggalakkan lagi kempen kitar semula di kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah mahupun sekolah tabika di negeri Kedah pada tahun 2013. Aktiviti pemberian cenderahati ini juga akan meningkatkan persaingan sihat di kalangan sekolah-sekolah untuk sama-sama membersihkan kawasan sekitar sekolah.

Tiada ulasan: