3 Mac 2013

PROGRAM 3R DI TAMAN MERGONG JAYA FASA 1

AKTIVITI PAMERAN PPSPPA, KITAR SEMULA DAN RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA








Pada awal bulan Mac 2013, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah dijemput oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar untuk mengadakan pameran sempena Hari Lanskap Negara di Taman Mergong Jaya, Fasa 1, Alor Setar pada 1 hingga 3 Mac 2013. Aktiviti pameran ini yang dianjurkan oleh Jabatan Lanskap Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga disertai oleh pameran daripada Jabatan Kesihatan Negeri, AADK, MBAS dan Jabatan Lanskap Negara sendiri. Pihak PPSPPA Kedah telah mewakili Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk menguruskan pameran berkenaan dengan Kempen Kitar Semula dan Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. 

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri KPKT telah disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Pengarah PPSPPA Kedah dan juga CEO Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. Dengan perasmian majlis tersebut, komuniti taman ini akan dijadikan taman angkat dari segi kecantikan lanskap dan kebersihan alam sekitar.

Tiada ulasan: