14 September 2012

AMALAN 3R SEMASA BERSUKAN

BERSUKAN SAMBIL MENGITAR SEMULA

Semasa bercuti di kampung halaman, Team Misbun Berdarah Ampang menjalankan aktiviti 'reunion' dengan mengadakan sukan badminton untuk kecergasan badan. Antara rakan seperjuangan yang hadir ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, En Izwan Tumiran, En Uzair Asri, En Firdaus Rauf, En Ubaidillah dan abangnya. Aktiviti bertempat di Pusat Badminton Pro One, Sri Rampai berdekatan dengan Wangsa Maju pada 14 September 2012, pukul 10.30 malam hingga 1.30 pagi. Selain bersenam, ahli pasukan juga tidak ketinggalan mengamalkan amalan kitar semula botol-botol plastik yang telah digunakan untuk minuman semasa bersukan. Sebanyak 5 ke 6 botol plastik yang diguna dan dikitar semula pada malam berkenaan.








Sebagai belia, kita seharusnya membersihkan alam sekitar kita tidak kira di mana kita berada termasuklah di gelanggang badminton. Kalau diikutkan, banyak botol-botol plastik dan kotak shuttle di pusat sukan ini yang terbuang dan boleh diguna semula dan dikitar semula. Ingatlah bahawa, gelanggang yang ditinggalkan selepas bermain perlu dibersihkan sepertimana ianya mula-mula digunakan. Majulah sukan badminton untuk negara. Mari bersukan sambil mengitar semula. Fikir dahulu sebelum buang.

Tiada ulasan: