12 September 2012

PROGRAM 3R DI TABIKA PERPADUAN IPD KUBANG PASU

AKTIVITI CERAMAH BANK KITAR SEMULA DAN KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SEKOLAH TABIKA PERPADUAN IPD KUBANG PASU.

Tabika Perpaduan IPD Kubang Pasu merupakan tabika Perpaduan kedua selepas Tabika Perpaduan Taman Rasa Sayang, Jitra yang menyertai program 3R anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah pada bulan September 2012 ini. Ini berikutan dengan penglibatan pihak pengurusan tabika tersebut pada 12 September 2012, di mana satu aktiviti ceramah berkaitan dengan program Bank Kitar Semula dan aktiviti kutipan barangan kitar semula diadakan di hadapan sekiolah berkenaan. Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat termasuklah En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah dan ditemani oleh staf baru daripada pejabat Cawangan PPSPPA Kubang Pasu, Cik Not.







Seperti di Tabika Perpaduan Taman Rasa Sayang, pihak guru tabika berkenaan sebagai tuan rumah  menyampaikan kata alu-aluan sebagai pembuka bicara dan permulaan majlis diikuti terus dengan ceramah oleh En Mohd Azrul. Kali ini, pihak pengurusan Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu mewakilkan Pn Intan Syafiza Bt Hat selaku Penolong Pegawai Perpaduan untuk menyerikan majlis. Selain itu, ceramah program 3R tersebut dihadiri oleh murid-murid sekolah tabika berkenaan serta ditemani oleh sebahagian ibu bapa (waris) yang sudi meluangkan masa bersama.





Pihak pengurusan sekolah tabika termasuklah guru-guru dan murid-murid diberikan pendedahan mengenai PPSPPA, program 3R yang dianjurkan, jenis-jenis barangan kitar semula yang dikutip dan harga sekilogram untuk setiap jenis barangan. Aktiviti kutipan menyusul selepas ceramah disampaikan dan sesi soal jawab berakhir. Sebanyak lebih kurang 28 kg kertas yang terdiri daripada surat khabar lama yang dikutip dan 1 kg botol-botol plastik daripada semua murid-murid, waris dan guru yang terlibat. Hasilnya, sebanyak RM9.00 lebih diberikan kepada semua yang terlibat dalam menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka. Insyaallah, pihak PPSPPA berharap agar sekolah tabika ini aktif dalam program yang dijalankan. Pihak guru sekolah juga mencadangkan untuk menjalankan aktiviti yang sama pada bulan hadapan dengan melibatkan komuniti yang lebih besar berdekatan untuk menghangatkan lagi sambutan terhadap kempen 3R ini. 

Tiada ulasan: