13 September 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH PEKERJA PEMBERSIHAN, PENGAWAL KESELAMATAN, & STAF-STAF DARIPADA RESTORAN MAKANAN SEGERA McD DAN SECRET RECIPE, KOMPLEKS CITY PLAZA

Pada 13 September 2012, para pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di kompleks membeli belah City Plaza, Alor Setar telah menelefon pegawai 3R PPSPPA Negeri Kedah untuk sama-sama menyokong kempen kitar semula yang dijalankan oleh PPSPPA Negeri Kedah. Oleh itu, mereka yang juga merupakan komuniti kompleks membeli belah tersebut ingin menjual barangan kitar semula milik mereka kepada pihak kami. Pada kebiasaannya, mereka telah membuang segala sampah sarap dan bahan-bahan terbuang di dalam tong sampah dan tidak tahu akan nilai barangan berkenaan. Selepas diberi penerangan oleh En Mohd Azrul Bin Azmi yang mewakili Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah, barulah mereka sedar akan kelebihan mengasingkan sampah-sampah tersebut untuk mengetahui jenis-jenis barangan kitar semula dan harga setiap jenis barang. Selepas menjalankan pengasingan dan pengumpulan menyeluruh, sebanyak 90 kg lebih kotak yang ditemui, 6 kg logam dan 4 kg tin aluminium yang selalu mereka buang, kini boleh menjana pendapatan mereka sebanyak RM 40.00 sehari!! Alhamdulillah, kesedaran yang mereka alami membuatkan sebahagian komuniti kompleks ini berminat untuk mengitar semula pada setiap minggu bersama-sama pihak PPSPPA. 




Semasa aktiviti kutipan berkaitan dijalankan, En Nashriq daripada restoran makanan segera Secret Recipe, kompleks berkenaan juga berminat untuk turut serta dalam sesi penjualan barangan kitar semula tersebut dan menyumbangkan sebanyak 35 kg kotak terpakai yang memulangkan sebanyak RM 10.00 lebih kepada beliau. Sejurus selesai program 3R berkenaan, pihak PPSPPA menerima kunjungan daripada staf-staf restoran makanan segera McD City Plaza untuk menjual lebih 100 kg barangan kitar semula milik mereka. Hasilnya, sebanyak RM 30.00 lebih diberikan kepada pihak staf restoran tersebut. Antara warga kerja PPSPPA yang turut membantu dalam aktiviti tersebut ialah Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar.







Insyaallah, dengan berkat usaha, doa dan idea daripada rakan-rakan sekerja memungkinkan lebih banyak program 3R dijalankan di sekitar komuniti kompleks tersebut, Alor Setar serta di seluruh negeri Kedah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Tiada ulasan: