5 September 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT KUALA LUMPUR

TAKLIMAT PROGRAM SEDETIK HABITAT 1 MALAYSIA DAN PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT KUALA LUMPUR

Pada 5 September 2012, satu taklimat berkaitan dengan program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Program Bank Kitar Semula telah dijalankan di Ibu Pejabat PPSPPA Kuala Lumpur. Taklimat yang dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam serta Bahagian Teknologi Maklumat telah dihadiri oleh semua Pegawai 3R daripada seluruh Malaysia untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai program yang akan dijalankan. Program berkenaan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dijalankan pada tarikh 18 September 2012 sempena sambutan Hari Habitat Sedunia. Dengan menjalankan aktiviti kitar semula yang merupakan pengisian program tersebut akan melibatkan 5 buah sekolah daripada setiap negeri. Oleh yang demikian, taklimat ini akan memberi pendedahan mengenai cara merekod dan menyimpan data kutipan barangan kitar semula, atur cara program dan banyak lagi.






Aktiviti kutipan barangan kitar semula akan dijalankan seperti biasa pada tarikh yang ditetapkan di 5 buah sekolah terpilih secara serentak pada hari yang sama dan pengisian maklumat kutipan akan menggunakan sistem berkomputer yang diperkenalkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, PPSPPA. Ini akan memudahkan pihak sekolah untuk merekod dan menyimpan data kutipan tersebut. Kejayaan program ini juga akan direkodkan dalam Malaysia Book Of Records. Insyaallah, semoga perancangan yang dikemukakan dalam taklimat ini akan membuahkan hasil pada tarikh yang telah ditetapkan. Harapan daripada setiap warga kerja agar program ini tidak ditangguh seperti sebelum ini. Semoga semua yang terlibat nanti dapat memberikan kerjasama. Sebenarnya, bukan kuantiti barangan kitar semula yang ingin dicapai, tetapi kesedaran awam dan pengamalan kitar semula oleh masyarakat yang menjadi sasaran pihak PPSPPA dalam program ini.

Tiada ulasan: