9 September 2012

PROGRAM 3R DI SEKITAR ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF RESTORAN MAKANAN SEGERA MCD, 7 ELEVEN & KEDAI OPTICAL STATION, CITY PLAZA PADA 4 SEPTEMBER 2012 DAN KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN SERTA KOMUNITI KG HUTAN KANDIS, MUKIM LEPAI PADA 9 SEPTEMBER 2012

Pada 4 September 2012, satu aktiviti penjualan barangan kitar semula dijalankan oleh staf-staf kedai 7 Eleven, restoran makanan segera McD dan kedai cermin mata Optical Station, City Plaza. Pada hari tersebut, sebanyak lebih kurang 100 kg barangan kitar semula yang dijual oleh restoran McD, 60 kg oleh staf 7 Eleven, dan 10 kg oleh staf kedai cermin mata Optical Station.


Pada 9 September pula, terdapat 2 aktiviti kutipan barangan kitar semula iaitu di Wisma Darul Aman seperti biasa pada hari Ahad. Kali ini, kutipan barangan kitar semula dijalankan pada waktu tengah hari kerana kepadatan jadual kutipan. Dengan bantuan vendor, sebanyak lebih kurang 400 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip. 






Selepas itu, program 3R diteruskan dengan menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di komuniti Kampung Hutan Kandis di dalam kawasan Mukim Lepai berdekatan dengan Hutan Kampung. Dengan bantuan vendor terdekat, sebanyak lebih kurang 100 kg barangan kitar semula berjaya dikutip, diasingkan mengikut jenis dan ditimbang. Seramai 2 kejiranan yang bekerjasama menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka untuk dijual. Insyaallah, dengan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung berkenaan memungkinkan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam untuk berkunjung lagi ke kampung tersebut untuk menjalankan program 3R ini.

Tiada ulasan: