14 September 2012

PROGRAM SEDETIK HABITAT 1 MALAYSIA DAN PROGRAM BANK KITAR SEMULA 2012

PROGRAM SEDETIK HABITAT 1 MALAYSIA DAN PROGRAM BANK KITAR SEMULA 2012 DI NEGERI KEDAH




Pada 18 September 2012, pukul 7.40 pagi sehingga 4.00 petang, satu program yang dinamakan sebagai Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Program Bank Kitar Semula 2012 akan dijalankan di 5 buah sekolah terpilih di negeri Kedah sempena sambutan Hari Habitat 2012. Program ini yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan dijalankan di seluruh Malaysia khususnya di negeri Kedah Darul Aman. Kejayaan program ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records 2012, insyaallah. Antara pengisian Program Sedetik Habitat 1 Malaysia ini ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula secara besar-besaran di lokasi-lokasi berikut:

1) SMK Seri Ampang, Jalan Kuala Kedah
2) SMK Langgar, Langgar
3) SMK Agama Kedah, Alor Setar
4) SK Putat, Kodiang
5) SJK (C) Lam Min, Kerpan

Oleh yang demikian, kepada semua pelajar, guru-guru dan warga pengurusan sekolah, staf-staf sokongan, serta penduduk-penduduk berhampiran, silalah berkunjung ke sekolah-sekolah tersebut untuk memberi sokongan pada kempen amalan 3R khususnya kitar semula. Jika anda semua mempunyai barangan kitar semula / barangan lusuh seperti kertas, surat khabar terpakai, kotak atau kadbod, botol plastik, tin susu, tin aluminium, besi, kotak minuman atau tetrapak terpakai yang hendak dibuang atau dijual, silalah hantar ke lokasi berkenaan untuk dijual. Sesungguhnya, barangan tersebut adalah sangat bernilai dan bukanlah sisa pepejal ataupun sampah. Dengan sokongan semua terhadap kempen kitar semula ini dapat membersihkan alam sekitar daripada kekotoran dan dapat memanjangkan jangka hayat atau menyelamatkan tapak pelupusan  sampah kita yang semakin "nyawa-nyawa ikan" dan bakal ditutup.

Berikut merupakan harga sekilogram barangan kitar semula tersebut di sekitar lokasi berkenaan:

Kertas Putih / Cetakan Hitam Putih = RM0.35 / kg
Ketas Warna / Surat Khabar / Kotak / Buku / Majalah = RM0.29 / kg
Botol Plastik / Botol Syampu / Botol Air Mineral / Botol Minyak Hitam = RM 0.70 / kg
Tin Susu / Tin Milo = RM0.30 / kg
Besi = RM0.70 / kg
Tin Aluminium / Tin Minuman = RM3.00 / kg
Tetrapak / Kotak Minuman = RM0.29 /kg

Diharap anda semua berminat untuk menjual barangan kitar semula ini untuk menyokong kempen kitar semula !!! 

Tiada ulasan: