7 September 2012

SEDARLAH SISA PEPEJAL ITU UNTUK DIGUNA SEMULA DAN DIKITAR SEMULA

STATISTIK KUANTITI SISA PEPEJAL ATAU BARANGAN KITAR SEMULA YANG BERJAYA DISELAMATKAN SEPANJANG TAHUN 2012




Berikut merupakan hasil kajian atau statistik yang diperoleh Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah berkenaan dengan kuantiti sisa pepejal atau barangan kitar semula yang berjaya diselamatkan melalui program yang dianjurkan oleh PPSPPA Negeri Kedah daripada sampai atau dibuang ke tapak pelupusan sampah. Peningkatan kuantiti barangan kitar semula yang berjaya diselamatkan atau dengan kata lain dikitar semula sepenuhnya ini merupakan antara hasil kerjasama masyarakat tempatan yang sedar akan kepentingan amalan guna semula dan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Hasil peningkatan ini juga diperoleh daripada segala aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, pasaraya, komuniti-komuniti kampung dan taman, sekolah-sekolah tabika, tadika dan taska, dan di sektor-sektor komersial seperti kedai-kedai makanan segera, 7 Eleven dan lain-lain. Ingatlah wahai masyarakat, sampah itu tidak semestinya 100% dihantar ke tapak pelupusan dan kita boleh melupakannya, tetapi ada isi di dalam sampah atau sisa pepejal itu yang boleh diguna dan dikitar semula. Jangan sewenang-wenangnya menganggap sampah itu jijik, tetapi sampah itulah yang boleh menjana pendapatan kita. Mungkin tapak pelupusan itu lubuk segala harta karun yang tidak kita ketahui!

Tahukah anda bahawa tapak pelupusan sampah ini semakin 'nyawa-nyawa ikan' dan kerajaan terpaksa mencari tanah lain untuk dijadikan tapak pelupusan baru? Sanggupkah anda menyumbangkan tanah anda untuk dijadikan tapak pelupusan sampah baru? Untuk kesedaran awam, marilah kita mengguna, dan mengitar semula sisa pepejal (atau barangan kitar semula) supaya kita dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah ini. Insyaallah kita dapat meningkatkan kebersihan alam sekitar dan keselesaan hidup kita di masa akan datang.

Tiada ulasan: