11 Julai 2012

MAJLIS JAYA GEMILANG SMK LANGGAR

PENGANUGERAHAN SEBAGAI RAKAN SEKOLAH OLEH SMK LANGGAR DALAM MAJLIS HARI JAYA GEMILANG


Setelah hampir 2 tahun menabur bakti dalam arena kitar semula yang mana menyumbang kepada kebersihan kawasan persekitaran sekolah serta menjana pendapatan sekolah, akhirnya pihak sekolah telah sebulat suara menganugerahkan anugerah Rakan Sekolah kepada En Mohd Azrul Bin Azmi, Pegawai Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah. Penganugerahan tersebut dijalankan dalam Majlis Hari Jaya Gemilang SMK Langgar pada 11 Julai 2012 yang sangat meriah.






Antara tetamu jemputan (VIP) yang hadir ialah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengetua-pengetua sekolah-sekolah berhampiran untuk memeriahkan majlis. Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah tokoh pelajar, pelajar cemerlang dalam SPM dan PMR, pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan, badan beruniform dan sebagainya. Penganugerahan Rakan Sekolah ini akan merapatkan lagi hubungan antara pihak pengurusan sekolah dan juga PPSPPA dalam menjayakan kempen kitar semula yang berupaya membersihkan kawasan sekolah selain memberi pulangan kepada murid-murid, guru-guru, staf-staf sokongan serta pihak pengurusan sekolah. Selain itu, penganugerahan ini juga merupakan satu kejayaan pihak PPSPPA dalam memberi pendedahan mengenai ilmu 3R, kitar semula dan ilmu penghasilan baja organik daripada kaedah pengkomposan teknik Takakura yang dipraktikkan oleh para pelajar dan guru-guru sekolah tersebut hingga membangunkan kebun mereka sendiri dan hasil pertanian yang dapat menjana sumber pendapatan sekolah. Syabas diucapkan kepada SMK Langgar dan juga kepada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah !

Tiada ulasan: