15 Julai 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN SUASANA PERMAI, JITRA

PERASMIAN TAMAN CONTOH MELALUI AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA SERTA PAMERAN PPSPPA DAN PENGHASILAN BAJA ORGANIK DARIPADA KAEDAH PENGKOMPOSAN MENGGUNAKAN TEKNIK TAKAKURA DI TAMAN SUASANA PERMAI, JITRA

Pada 15 Julai 2012, Taman Suasana Permai, Jitra telah diumumkan secara rasmi sebagai Taman Contoh (Taman Angkat) dari segi segala perkhidmatan pembersihan awam dan kutipan sampah yang sempurna. Selain itu, program 3R melalui komuniti juga akan diadakan lebih kerap di taman tersebut bagi menyokong kempen kitar semula yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Pada hari yang sama telah diadakan pameran berkenaan PPSPPA dan pameran mengenai penghasilan baja organik daripada kaedah pengkomposan menggunakan teknik Takakura. Selain itu, aktiviti kutipan barangan kitar semula juga diadakan bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat berkenaan dengan program 3R yang akan dijalankan oleh pihak PPSPPA secara berterusan di taman tersebut.




Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ir Phahrolrazi Bin Haji Zawawi, ADUN Pengkalan Kundur dan diiringi oleh CEO PPSPPA, Datuk Hj Zaini Md Nor. Majlis tersebut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna dan pemberian belon serta acara cabutan bertuah. Selain itu, acara pemberian tong sampah percuma dan penerimaan aduan sisa juga dijalankan.





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..macam mana saya nk contact encik..saya ada 8000 lebih botol plastik 1000ml..saya nk jual dengan harga yg murah kerana syarikat saya telah menukar botol baru untuk produk kami..atau bolehkah encik megambil botol2 ini..botol2 ini masih belom digunakan..arap sangat encik dapat membantu..tolong emailkan ke saya or contact me..noniey52@yahoo.com..0172047525

Tanpa Nama berkata...

salam..nk yau tak kt mne bley jual surat khabar lama/buku2 di area changlun atau jita? syg klu nk buang... nk mintak alamat leh? tq.

Unknown berkata...

SALAM...

Terdapat sebuah kedai barang lusuh di kawasan pekan Jitra iaitu di kawasan tapak Fun Fair lama di Tanah Merah. Kedai tersebut ialah EKSP Trading yang membeli barangan lusuh seperti kertas, botol plastik, tin aluminium, besi, dan sebagainya kecuali kaca dan polisterin dengan harga berpatutan. Cawangan utama kedai tersebut juga terdapat di Tunjang dan Alor Setar

Unknown berkata...

Untuk maklumat labih lanjut, sila telefon nombor saya 0196736704