16 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK MERGONG, ALOR SETAR DAN DI POKOK SENA

AKTIVITI CERAMAH BANK KITAR SEMULA DAN KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK MERGONG, ALOR SETAR DAN DI TABIKA & TASKA PERMATA PERPADUAN POKOK SENA


Pada 16 Julai 2012, satu ceramah Bank Kitar Semula telah disampaikan oleh En Mohd Azrul Bin Azmi daripada PPSPPA Negeri Kedah dan diikuti dengan aktiviti kutipan dan jualan barangan kitar semula untuk mengisi tabung pendidikan khas sekolah tersebut. Selain itu, kutipan tersebut juga merupakan usaha untuk mengisi tabung pendidikan khas bagi sekolah-sekolah menengah yang lain seperti SMK Seberang Perak, SMK Muadzam Shah, SMK Alor Merah, SMK Darul Aman, dan SMK Tengku Abd Malik. 







Sebanyak RM 90.00 duit hasil jualan sebanyak lebih kurang 270 kg barangan kitar semula yang telah dikutip daripada keenam-enam sekolah berkenaan pada hari yang sama. 








Selain itu, satu aktiviti kutipan juga dijalankan di Tabika & Taska Permata Perpaduan Pokok Sena pada hari yang sama oleh wakil pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. 



Sebanyak lebih kurang 90 kg barangan kitar semula yang telah dikutip bersamaan dengan lebih kurang      RM 45.00 telah dijual.

Tiada ulasan: