23 Julai 2012

PROGRAM 3R DI KOMUNITI TAMAN IHSAN, KUBANG PASU

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN IHSAN, KUBANG PASU



Program 3R diteruskan selepas kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman dan Komuniti Kampung Aman, Alor Setar. Pada sebelah petang, aktiviti kutipan berlangsung di Komuniti Taman Ihsan yang mana tin-tin susu kosong yang tidak digunakan lagi dikutip, ditimbang dan dijual di pusat kitar semula berhampiran. Aktiviti berkenaan yang dijalankan pada hari yang sama, 23 Julai 2012 melibatkan warga kerja PPSPPA Ibu Pejabat Alor Setar iaitu En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. Antara warga komuniti taman tersebut yang menyumbangkan barangan kitar semula berkenaan ialah En Amran yang membuka perniagaan minuman di situ.

Sebanyak 20 kg tin kosong yang sempat dikumpul dan lebih kurang RM 7.00 hasil jualan akan dipulangkan kepada En Amran.

Tiada ulasan: