17 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK CONVENT ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK CONVENT, ALOR SETAR

Sudah lama rasanya aktiviti kutipan barangan kitar semula tidak dijalankan di sekolah ini sejak Januari lalu yang mana guru penyelaras program telah bertukar sekolah. Walaubagaimanapun, setelah dihubungi berulang-ulang kali oleh pihak PPSPPA kepada pengurusan sekolah setiap bulan, akhirnya pihak sekolah bersetuju menjalankan program 3R tersebut pada 17 Julai 2012, pukul 9.00 pagi. Antara kelainan aktiviti berkenaan pada kali ini, khidmat vendor diperkenalkan untuk memudahkan penjualan barangan kitar semula menggantikan perkhidmatan daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. Tujuan utama penjualan barangan kitar semula kali ini adalah untuk membantu dari segi kewangan untuk membangunkan surau sekolah dan pihak PPSPPA dapat membantu sedikit sebanyak penjualan tersebut seterusnya memperbanyakkan kadar kitar semula dan menggalakkan kempen 3R di kalangan orang ramai.





Dengan bantuan guru penyelaras program, murid-murid dan staf-staf sokongan sekolah, aktiviti tersebut berjaya mengumpul lebih kurang 1.9 tan barangan kitar semula dan memperoleh sebanyak RM 600.00 lebih hasil jualan. Antara wakil PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman.


Tiada ulasan: