24 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

CERAMAH BERKAITAN PROGRAM KITAR SEMULA DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

Setelah persetujuan dicapai semasa Mesyuarat PIBG SMK Seri Pantai pada 4 Julai yang lalu yang mana telah dihadiri oleh En Mohd Azrul Bin Azmi, Jurutera Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah, maka pihak sekolah berkenaan telah memohon untuk mengadakan ceramah berkaitan dengan program kitar semula pada 24 Julai 2012. Semasa ceramah tersebut, para pelajar sekolah berkenaan telah diberi pendedahan mengenai objektif kempen kitar semula diadakan, jenis-jenis barangan kitar semula dan harga barangan tersebut sekilogram, kepentingan 3R dan sebagainya.




Antara wakil pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang hadir menyampaikan ceramah tersebut ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. Setelah selesai ceramah berkenaan, pihak pengurusan sekolah dan para pelajar bersetuju untuk mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula untuk membantu membiayai tabung PIBG sekolah seterusnya menyokong kempen kitar semula yang diadakan oleh pihak Perbadanan. Insyaallah, aktiviti tersebut akan diadakan pada minggu akhir bulan berkenaan.

Tiada ulasan: