12 Julai 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN SERI TAMAN 2, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN SERI TAMAN 2, ALOR SETAR

Buat kali pertama salah seorang penduduk di Taman Seri Taman 2, Alor Setar berminat untuk mengadakan program kitar semula bersama pihak PPSPPA Negeri Kedah pada 12 Julai 2012 untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah mereka. Penduduk kediaman tersebut, Pn Shahriza yang merupakan Pengerusi Tabika Perpaduan Alor Malai telah menghubungi pihak Bahagian Kitar Semula Dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk mengitar semula barangan milik mereka seperti besi-besi buruk, surat khabar lama, botol-botol plastik dan tin-tin kosong yang tidak digunakan lagi.





Aktiviti tersebut yang dijalankan pada pukul 1 petang merupakan aktiviti kedua selepas kutipan di SMK Kepala Batas pada waktu pagi pada hari yang sama. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat termasuklah En  Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. Seperti di SMK Kepala Batas, kutipan tersebut dibantu oleh pihak vendor berhampiran dari segi penyediaan lori. 




Kutipan barangan kitar semula pada hari tersebut ialah sebanyak 250 kg bersamaan dengan RM 100.00 lebih.

Tiada ulasan: