SMK Seri Ampang sekali lagi memohon untuk menjalankan kutipan barangan kitar semula pada 19 Julai 2012. Ini bermakna sekolah berkenaan telah menjalankan kutipan sebanyak 2 kali pada bulan Julai sahaja. Alhamdulillah kesedaran awam mengenai kempen 3R khususnya kitar semula semakin meningkat di kalangan warga sekolah tersebut. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat dalam aktiviti kutipan pada hari berkenaan ialah Cik Intan
Diana Bt. Abu Bakar dan En Rusdi
Bin Shamsudin.
Kelainan program 3R kali ini adalah kutipan barangan kitar semula dijalankan oleh pihak vendor dan data yang diperoleh akan direkodkan oleh pihak Perbadanan. Kutipan pada hari tersebut mencecah sebanyak 100 kg lebih bersamaan dengan RM 30.00 lebih yang memungkinkan SMK Seri Ampang sebagai sekolah paling aktif menjalankan aktiviti tersebut. Tahniah diucapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan