8 Julai 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH


Program Kitar Semula anjuran Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah disertai oleh satu lagi komuniti yang menjalankan perniagaan cermin mata iaitu Kedai Optical Station City Plaza pada 8 Julai 2012 yang mana sebanyak lebih kurang 40 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak terpakai dan botol-botol plastik telah dijual kepada pihak kami. Hasilnya, sebanyak hampir RM 15.00 telah diterima oleh pihak kedah tersebut.




Selain itu, pada hari yang sama, staf-staf Restoran Makanan Segera McD City Plaza turut mengambil bahagian dalam menjual barangan kitar semula milik mereka iaitu sebanyak 150 kg lebih kotak-kotak terpakai dan membawa pulang lebih kurang RM 50.00. Penglibatan komuniti-komuniti kedai ini menggalakkan kempen kitar semula yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan.




Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar

Tiada ulasan: