5 Julai 2012

PROGRAM 3R DI KUALA KEDAH DAN DI JITRA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SEKOLAH TABIKA KEMAS SEBERANG KOTA, TAMAN KOTA NELAYAN, KUALA KEDAH DAN DI SMK BANDAR BARU DARUL AMAN, JITRA


Setelah kutipan besar-besaran yang telah dijalankan pada bulan Mei 2012 iaitu sebanyak lebih kurang 190 kg, kali ini pada 5 Julai 2012, warga Sekolah Tabika KEMAS Seberang Kota, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah telah memohon untuk menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah berkenaan untuk memastikan program tetap berjalan walaupun kutipan kali ini tidak seperti bulan-bulan sebelumnya. 






Kutipan kali ini adalah sebanyak lebih kurang 23 kg (RM 8.00 lebih) dan melibatkan semua murid dan guru serta waris terdekat di sekolah berkenaan. 




Kebetulan pada kali ini, program 3R yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah adalah 2 dalam 1, iaitu terdapat permohonan daripada pihak SMK Bandar Baru Darul Aman pada masa yang sama kutipan di tabika dijalankan. Apabila mendapat panggilan tersebut, kami pun bergegas ke Jitra untuk menjayakan kempen kitar semula di sekolah berkenaan.




Sambutan menggalakkan telah ditunjukkan oleh pihak guru dan para pelajar sekolah tersebut dan kutipan pada hari berkenaan ialah lebih kurang 58 kg bersamaan dengan RM 35.00. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah Pak Hamid dan rakan-rakan.

Tiada ulasan: