2 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK SERI AMPANG, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SERI AMPANG, ALOR SETAR

Pada 2 Julai 2012, pihak pengurusan SMK Seri Ampang, Alor Setar telah memohon kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk mengaturkan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada pukul 9.00 pagi. Dengan kerjasama pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang menyediakan lori 3R diwakili oleh Pak Hamid dan rakan-rakan, program 3R di sekolah berkenaan telah dijalankan dengan jayanya. 





Wakil daripada pihak PPSPPA Negeri Kedah terdiri daripada En Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman yangbertungkus-lumus membantu menjayakan aktiviti tersebut hingga jam 12.30 tengah hari iaitu waktu habis penjualan di pusat kitar semula berhampiran.





Jumlah kutipan di SMK Seri Ampang adalah sebanyak 370 kg lebih dan hasil jualan barangan kitar semula tersebut adalah sebanyak RM 180.00 lebih yang akan dipulangkan kepada warga SMK Seri Ampang. Aktiviti ini selain menggalakkan generasi muda agar mengitar semula juga meningkatkan kebersihan kawasan sekolah dan mengindahkan alam sekitar. 

Tiada ulasan: