23 Julai 2012

PROGRAM 3R DI KAMPUNG AMAN, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI KG AMAN, ALOR SETAR

Selepas menjalankan kutipan barangan kitar semula di Wisma Darul Aman pada 23 Julai 2012, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah menerima panggilan telefon daripada saudara En Aziz, salah seorang penduduk Kampung Aman, Alor Setar untuk membersihkan rumah beliau daripada sisa pepejal yang terdiri daripada barangan kitar semula. Apabila ditanya mengenai kuantiti sisa pepejal terjana, beliau berkata bahawa jumlah barangan kitar semula sangat banyak dan memerlukan lori untuk mengutip kesemuanya dalam sehari. Oleh yang demikian, pihak PPSPPA telah memohon bantuan lori daripada syarikat vendor kitar semula terdekat untuk menjayakan program 3R tersebut.




Antara pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. Kutipan barangan kitar semula pada hari berkenaan ialah menghampiri 1 tan bersamaan dengan RM300.00 lebih. Insyaallah, kutipan di kampung tersebut akan diteruskan secara bulanan untuk menggalakkan kempen kitar semula anjuran PPSPPA.




Tiada ulasan: