1 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK AGAMA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK AGAMA KEDAH, ALOR SETAR




Pihak pengurusan SMK Agama Kedah, Alor Setar telah memohon kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk menjalankan program 3R iaitu kutipan barangan kitar semula di sekolah berkenaan pada 1 Julai 2012, pukul 9.00 pagi. Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan warga kerja Syarikat Environment Sdn Bhd pula ialah Pak Hamid dan rakan-rakan.





Sebanyak hampir 650 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas terpakai, botol plastik, tin aluminium, dan tin susu yang telah dijual oleh warga sekolah berkenaan dan hasil jualan sebanyak lebih RM300.00 akan dipulangkan kepada mereka untuk menggalakkan kempen kitar semula ini.

Tiada ulasan: