10 Julai 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF DARIPADA RESTORAN SECRET RECIPE CITY PLAZA, KEDAI 7 ELEVEN JALAN TUNKU IBRAHIM DAN MBAS


En Ahmad, salah seorang daripada staf Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menghantar barangan kitar semula ke Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah pada 10 Julai 2012 untuk dijual. Setelah kutipan dan timbangan dibuat didapati sebanyak 14 kg barangan kitar semula telah dijual bersamaan dengan RM 4.50 lebih dibawa pulang oleh En Ahmad.




Pada masa yang sama, pihak staf restoran makanan segera Secret Recipe City Plaza juga menghantar barangan kitar semula milik mereka kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk dijual dan sebanyak  hampir 35 kg telah ditimbang bersamaan dengan RM 11.00 lebih hasil jualan yang diperoleh.




Begitu juga dengan staf-staf daripada kedai 7 Eleven Jalan Tunku Ibrahim yang turut serta dalam sesi penjualan barangan kitar semula kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah pada hari berkenaan. Sebanyak 26 kg barangan kitar semula bersamaan dengan RM 8.00 lebih hasil jualan yang diperolehi mereka. Alhamdulillah, kempen kitar semula di kalangan 3 kedai tersebut semakin meriah. Seperti biasa, wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan Pn Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen.

Tiada ulasan: