4 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

MESYUARAT PIBG KALI KE-2 DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH


Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah telah dijemput untuk hadir dalam Mesyuarat PIBG kali ke-2 anjuran pihak pengurusan sekolah berkenaan pada 4 Julai 2012 pukul 2.15 petang. Jemputan tersebut adalah bertujuan memberi ruang kepada pihak PPSPPA untuk memperkenalkan kempen kitar semula yang mungkin akan dijalankan di sekolah berkenaan untuk membantu tabung PIBG sekolah.



Wakil PPSPPA Negeri Kedah yang hadir ialah En Mohd Azrul Bin Azmi. Antara agenda mesyuarat tersebut ialah pengenalan PPSPPA dan program Bank Kitar Semula. Setelah persetujuan dicapai, program Bank Kitar Semula tidak akan dijalankan di sekolah berkenaan kerana program tersebut merupakan program kitar semula untuk individu. Walaubagaimanapun, kempen kitar semula tetap dijalankan di sekolah berkenaan pada masa akan datang seperti aktiviti kutipan barangan kitar semula di kalangan pelajar dan warga sekolah berkenaan untuk membiayai tabung PIBG sekolah. 

Tiada ulasan: