30 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH 

Setelah mesyuarat berkenaan program 3R telah dijalankan pada 4 Julai 2012 serta ceramah berkenaan dengan program Bank Kitar Semula dilaksanakan pada 24 Julai 2012, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah diadakan pada 30 Julai 2012 di SMK Seri Pantai, Kuala Kedah. Seramai lebih kurang 20 orang pelajar dan 3 orang guru telah terlibat dalam aktiviti tersebut dan dipimpin oleh Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan. Pada mulanya, jangkaan sambutan terhadap program tersebut mungkin rendah kerana pemberitahuan mengenai aktiviti kutipan disampaikan sehari sebelum aktiviti berkenaan dijalankan. Tetapi, selepas aktivti tersebut bermula, perhatian para pelajar tertumpu sepenuhnya kepada warga sekolah yang membawa barangan kitar semula untuk dijual dan semakin lama semakin ramai yang menyertai aktiviti tersebut termasuklah guru-guru penyelaras program.




Warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang hadir ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dibantu oleh para pelajar dalam pengasingan dan sesi penimbangan barangan kitar semula yang dibawa oleh warga sekolah berkenaan. Hasilnya, sebanyak lebih kurang 100 kg barangan kitar semula bersamaan dengan RM 30.00 lebih telah berjaya dikutip dan dijual di pusat kitar semula berdekatan.


Tiada ulasan: