12 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SMK KEPALA BATAS, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK KEPALA BATAS, ALOR SETAR


Selepas kutipan barangan kitar semula pada 7 Mei 2012, pada 12 Julai 2012 sekali lagi pihak SMK Kepala Batas memohon kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula. Kali ini, kutipan sebanyak lebih kurang 900 kg barangan kitar semula bersamaan dengan RM 290.00 lebih telah diberikan kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada murid-murid yang terlibat.





Sebelum ini, selalunya aktiviti kutipan dijalankan bersama-sama lori 3R Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, kali ini pihak PPSPPA dan syarikat tersebut menggunakan khidmat vendor untuk menjayakan program 3R tersebut. Antara wakil pihak PPSPPA yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. Insyaallah, kutipan seterusnya akan lebih menggalakkan kerana akan dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri dan mungkin dalam program Sedetik Habitat 1 Malaysia pada bulan September nanti.



Tiada ulasan: