3 Julai 2012

PROGRAM 3R DI SK SERI GEDONG, SUNGAI PETANI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK SERI GEDONG, SUNGAI PETANI


Setelah 2 bulan menyimpan barangan kitar semula, pada hari Selasa 3 Julai 2012, pukul 9.00 pagi, pihak SK Seri Gedong, Sungai Petani telah menjemput pihak PPSPPA Negeri Kedah dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk menjalankan program 3R iaitu kutipan barangan kitar semula di sekolah berkenaan. 





Antara warga kerja PPSPPA yang terlibat ialah En Muhamad Fadzley Bin Yaakop dan En Mohd Adib Sallihan Bin Jamaludin manakala warga kerja Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang hadir ialah En Saufi Halim dan rakan-rakan. 



Sebanyak 160 kg lebih barangan kitar semula yang telah dikutip, diasingkan dan dijual di pusat kitar semula berhampiran dan sebanyak lebih kurang RM 40.00 telah diberikan kepada pihak sekolah. Kutipan barangan kitar semula kali ini pada keseluruhannya adalah sumbangan setiap kelas. Jika kesedaran awam semakin meningkat, insyaallah kutipan barangan kitar semula ini akan dijalankan secara individu pula.

Tiada ulasan: